SELAMAT DATANG

DAPUR IJAH Sdn Bhd mula beroperasi sejak 2003 secara kecil-kecilan di sebuah bengkel yang bersebelahan dengan rumah di alamat Hadapan Sek. Keb. Pintas Puding, Parit Sempadan, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Beroperasi dengan menggunakan tenaga tempatan oleh 3 orang pekerja tetap dan 2 orang pekerja sambilan. Kami menghasilkan pelbagai jenis kek, kek lapis, bahulu, roti, donut, pizza, biskut perayaan dan kuih sejuk beku.

Kami sedia menerima tempahan kek perkahwinan, kek ulangtahun, kek cawan, kek hantaran perkahwinan & pertunangan. Selain daripada itu juga, kami sedia menerima tempahan kuih-muih untuk majlis-majlis keraian. Kami juga menghasilkan biskut-biskut untuk sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Antara biskut-biskut yang menjadi rebutan semasa musim perayaan ialah Almond London, Malatop, Hirisan Badam, White Rock dan sebagainya. Kek Lapis Sarawak, Kek Lapis Prune, Kek Asam Manis antara kek lapis yang kami hasilkan juga turut mendapat sambutan hangat semasa perayaan. Sampel-sampel biskut akan dikeluarkan seawal 1-2 minggu sebelum bulan Ramadhan.


Sila hubungi 07-4542195 Puan Afrizah Salleh atau emelkan ke afrizah.salleh@gmail.com. untuk makluman lanjut.

Isnin, 3 Mei 2010

Produk Dapur Ijah

Berikut adalah produk-produk yang dihasilkan oleh Dapur Ijah ;-
a. Roti pizza & bun (bun manis, sardin, sambal,kaya, kacang)
b. Roti tawar
c. Donut pelbagai rasa
d. Kek cawan pelbagai rasa ( kek pisang, kek mentega dan kek coklat)
e. Kek hiasan pelbagai majlis keraian (kek perkahwinan, kek pertunangan, kek ulang tahun)
f. Pelbagai kek lapis (kek lapis betawi, kek lapis asam manis, kek lapis Sarawak, kek lapis cip coklat)
g. Pelbagai biskut Hari Raya
h. Menghasilkan kulit pizza
i. Bahulu (bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu pecah lapan)
j. Kuih bipang kacang.
k. Bakul roti untuk hantaran perkahwinan
l. Dodol asli
m. Kuih talam
n. Pulut Kuning

Tiada ulasan:

Catat Ulasan