SELAMAT DATANG

DAPUR IJAH Sdn Bhd mula beroperasi sejak 2003 secara kecil-kecilan di sebuah bengkel yang bersebelahan dengan rumah di alamat Hadapan Sek. Keb. Pintas Puding, Parit Sempadan, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Beroperasi dengan menggunakan tenaga tempatan oleh 3 orang pekerja tetap dan 2 orang pekerja sambilan. Kami menghasilkan pelbagai jenis kek, kek lapis, bahulu, roti, donut, pizza, biskut perayaan dan kuih sejuk beku.

Kami sedia menerima tempahan kek perkahwinan, kek ulangtahun, kek cawan, kek hantaran perkahwinan & pertunangan. Selain daripada itu juga, kami sedia menerima tempahan kuih-muih untuk majlis-majlis keraian. Kami juga menghasilkan biskut-biskut untuk sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Antara biskut-biskut yang menjadi rebutan semasa musim perayaan ialah Almond London, Malatop, Hirisan Badam, White Rock dan sebagainya. Kek Lapis Sarawak, Kek Lapis Prune, Kek Asam Manis antara kek lapis yang kami hasilkan juga turut mendapat sambutan hangat semasa perayaan. Sampel-sampel biskut akan dikeluarkan seawal 1-2 minggu sebelum bulan Ramadhan.


Sila hubungi 07-4542195 Puan Afrizah Salleh atau emelkan ke afrizah.salleh@gmail.com. untuk makluman lanjut.

SERVIS DAN CAJ PENGHANTARAN

Kami menyediakan khidmat penghantaran ke kawasan-kawasan berikut dengan kadar caj yang berpatutan.

1. Sekitar kawasan Parit Raja.
Caj penghantaran : RM5.00
Minimum tempahan : RM50.00

2. Sehingga sekitar kawasan Ayer Hitam.
Caj penghantaran : RM10.00
Minimum tempahan : RM70.00
3. Sehingga sekitar kawasan Senggarang.
Caj penghantaran : RM15.00
Minimum tempahan : RM70.00

4. Sehingga kawasan sekitar Hospital Putra.
Caj penghantaran : RM25.00
Minimum tempahan : RM100.00

Bagi penghantaran ke kawasan-kawasan selain daripada yang tertera di atas, sila hubungi kami di 07-4542195 atau sila kunjungi kami di Dapur Ijah Sdn. Bhd. Jalan Depan SK Pintas Puding, Parit Sempadan, MK 8, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.